Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia. (No.Reg:1104-08-KEL)

MUQADDIMAH

Banyak jemaah di dunia yang tumbuh dengan membawa ideologi perjuangan yang tersendiri khususnya di nusantara yang rata-rata mendukung bendera syiar dalam skala yang lebih menjurus kepada keilmuan semata-mata sehingga perdebatan demi perdebatan seringkali dianjurkan dalam membahaskan posisi pengetahuan mereka mengikut perspektif diri masing-masing. Dari dulu sehingga sekarang, perbahasan tentang isu & hukum yang sama tidak pernah selesai malah semakin menemui ranjau yang membuntukan. Mangsanya adalah masyarakat awam yang keliru di sempadan amal untuk memilih cara hidup beragama sehingga di kalangan mereka mengeluh bingung memikirkan betapa agama itu sangat susah sekali untuk diamalkan. Kesudahannya mereka lari dari agama yang berpunca dari kemaharajalelaan & percakaran golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama'.

Sedikit sekali jemaah yang lahir atas dasar merealisasikan pola ilmu secara praktikal sama ada oleh institusi tradisional mahupun moden. Kehadiran Raudzah 'Ubudiyah sebagai wadah implementasi ilmu yang lebih memberikan tumpuan & pemusatan terhadap modul latihan secara praktikal berhubung teknologi kerohanian. Dengan demikian, ilmu bukan lagi sekadar menjadi bahan kajian, tulisan atau juga perdebatan, sebaliknya sebagai media yang dapat dinikmati dengan instrumen hati sebagai kecapan rasa dari kemanisan Islam, Iman dan Ihsan (3i).

Raudzhah ‘Ubudiyah merupakan gagasan & manifestasi Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia dalam merealisasikan pemusatan dan pengembangan ilmu kerohanian bertepatan dengan Syariat Islam. Atas dasar perpaduan & persaudaraan, para ikhwan bernaung di atas nama JAMI'ATUL UBUDIYAH. (Foto: Sekretariat EXTRO-Bangunan ZQZ Lighting & Electrical yang berhadapan Madrasah Putih-Kutan Hilir )

Raudzah ‘Ubudiyah bermaksud Taman Kehambaan. Bertepatan dengan namanya, ia dibina dengan asas penekanan terhadap ciri-ciri akhlak dan pengabdian terhadap Pencipta. Skop berkenaan tidak dilihat dari perpspektif teori semata-mata malah bersifat praktikal agar agama bukan sekadar menjadi dalil atau hujah (ilmu) malah ekspansi pengalaman rasa (dzouq) yang terbit dari kelazatan dan kemanisan iman (ma’rifah). Kerana itu, Raudzah ‘Ubudiyah adalah model perkampungan para Ahlillah yang bakal menuntun jemaah kepada pencerahan kerohanian dan menghidupkan jiwa terhadap kesedaran ketuhanan dalam menjalani seluruh penerokaan hidup di dunia ini.
Seterusnya >>

ShoutMix chat widget

KELULUSAN & KERJASAMA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
[No. ruj : MAIK.D231/380/2-1/Klt.12(15)]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

[No. Ruj : JUI(KN).D.226(DW)/490/08]