Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia. (No.Reg:1104-08-KEL)

MAJLIS TAQARRUB

Majlis Taqarrub adalah majlis zikir mingguan yang di adakan bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia membuka peluang penghayatan di kalangan umat Islam untuk merasakan kehambaan terhadap Yang Maha Esa melalui konsep munajat yang diterapkan secara halus dan tersusun. Frequensi ini sekaligus membuka dimensi kesedaran insan terhadap konsep muhasabah & tafakkur terhadap penciptaan diri dan alam semesta dalam meningkatkan tahap ketaqwaan kepada Rabb al-Jalil.

Majlis ini membawa wadah syiar dalam mewujudkan jalinan ukhuwwah sesama umat Islam, & secara
tidak langsung juga ia dapat meledakkan momentum zikir sebagai sarana Infiniti Teknologi Rohani tercanggih yang mampu menyembuhkan segala penyakit, menyelesaikan pelbagai permasalahan serta mengabulkan semua hajat umat manusia.

PELAKSANAAN
Masa
Setiap Hari Sabtu Malam Ahad

Waktu
09.00 Malam -11.00 Malam
Lokasi
Sekretariat EXTRO,

Kutan Hilir, Wakaf Bharu, Kelantan-MALAYSIA
Kumpulan Sasar
Terbuka Kepada Seluruh Muslimin & Muslimah



PENGISIAN
Solat Hajat
Munajat (Aurad 'Ubudiyah)
Bacaan Doa
Tazkirah Rohani
Jamuan Ringan
Bersurai

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut Sila hubungi Sekretariat EXTRO atau Telefon / SMS individu berkenaan:

Ust. Abdullah Suhaimi (+013 933 0922)

Ustaz Shaharuddin (+6019 996 7426)

Tn. Hj. Wan Mohd Zain (+6019 910 5699)

En. Tuan Nor Azlan (+6019 954 4094)

En. Wan Zunaini (+6013 981 0505)

Ustazah Wan Saudah (+6013 981 3805)

Seterusnya >>


ShoutMix chat widget
free counters

KELULUSAN & KERJASAMA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
[No. ruj : MAIK.D231/380/2-1/Klt.12(15)]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

[No. Ruj : JUI(KN).D.226(DW)/490/08]