STRUKTUR & FUNGSI
Raudzah 'Ubudiyah dirancang melalui proses penelitian yang sangat terperinci agar ciri-cirinya menepati piawaian penubuhannya yang lebih bersifat sederhana, bebas & terbuka dalam menyahut cabaran syiar global. Pembinaannya mengambil kira beberapa fungsi utamanya yang merangkumi tujuh (7) struktur penggerak iaitu :
1. Pusat Ibadah
2. Pusat Ilmu
3. Pusat Mujahadah
4. Pusat Riyadzah
5. Pusat Mu'amalah
6. Pusat Dakwah
7. Pusat Pentadbiran
Struktur ini di inovasikan dari penggabungan sistem sedia ada dalam tradisi gerakan agama nusantara :
a) Pondok / Pesantren - Menitik beratkan nilai-nilai teori.1. Pusat Ibadah
2. Pusat Ilmu
3. Pusat Mujahadah
4. Pusat Riyadzah
5. Pusat Mu'amalah
6. Pusat Dakwah
7. Pusat Pentadbiran
b) Zawiyah / Ribath - Menekankan elemen-elemen praktikal.
Akhirnya penggabungan ciri-ciri khusus teori & praktikal yang menjadi kelebihan bagi kedua-dua pusat agama berkenaan telah melahirkan Raudzah 'Ubudiyah dengan manifestasi keunikannya yang tersendiri.
Bagaimanapun, dalam mencari titik kesempurnaan, gemblengan berkenaan masih dilihat agak pasif selagimana pengembangan terhadap nilai syiar belum disepadukan dengan tepat dalam melahirkan para Da'ei yang benar-benar proaktif.
Melalui kajian ideologi & aliran pelbagai Harakah Islamiyah yang wujud di dunia khususnya rumpun nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sekitarnya, kesedaran itu telah melahirkan Raudzah 'Ubudiyah untuk memperlengkapi keberadaannya dari segala kekurangan sebelumnya agar manifestasinya tidak dilihat sekadar memperbanyakkan (jemaah) yang telah ada sebaliknya melahirkan para Ikhwan Jami'atul 'Ubudiyah yang benar-benar berpotensi & berjaya dunia & akhirat.
Seterusnya >>