Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia. (No.Reg:1104-08-KEL)

PUSAT IBADAH

Masjid akan dibina dengan sasaran kemampuan terbesar untuk menampung segala aktiviti ibadah para jemaah. Peranan Institusinya sebagai Istana Allah (Baitullah) dihidupkan dengan aktiviti keagamaan sebagaimana berikut :
  1. Tempat Menunaikan Solat wajib (maktubah) dan solat sunat seperti terawih, hari raya dan sebagainya.
  2. Tempat melaksanakan Majlis Taqarrub iaitu zikir Aurad 'Ubudiyah yang diadakan setiap minggu, Majlis Ihsan iaitu program I'tikaf dan Qiamullail (Solat Tahajjud, Tasbih dsb) yang mengumpulkan seluruh jemaah dari segala pelusuk. Serta pelbagai Majlis-majlis khusus yang lain lagi yang bersifat amali.
  3. Tempat pelatihan Seni Solat Khusyu' (SLT) iaitu suatu pengkajian dan penyelidikan tentang kaedah secara teori & praktikal dari pelbagai perspektif dengan sumber al-Quran dan as-Sunnah dalam mencapai kemuncak khusyu' dalam solat. Pendedahan praktis berteraskan prinsip Perbuatan (Fi'li), Bacaan (Qauli) & Hati (Qalbi).
  4. Tempat mengadakan Kuliah Agama Bersepadu merangkumi ilmu-ilmu Feqh, Usuluddin / Tauhid dan Tasawwuf dengan mengekalkan pendekatan berkonsep tradisional mengikut sistem budaya pondok iaitu menadah kitab. Dalam masa yang sama turut menggunakan alat bantu multimedia seiring perkembangan semasa & bagi membantu proses pembelajaran yang berkesan kepada para ikhwan.
  5. Tempat mengadakan Ceramah dan Forum Diskusi Ilmiah yang melibatkan pelbagai pihak dalam membongkar pelbagai isu-isu keagamaan dan sejagat secara telus, terbuka dan ilmiah.
  6. Tempat mengadakan Usrah iaitu halaqah di kalangan muslimin dan muslimah dalam bertukar-tukar fikiran berhubung sesuatu topik ilmiah bagi meluaskan skop pengetahuan yang ada di dalam setiap diri indivitu.
  7. Tempat menjalankan pelbagai Aktiviti Keagamaan & Sosial dsb.
Semua program dakwah berkenaan telahpun dilaksanakan sekarang di Sekretariat EXTRO dengan mendapat kelulusan bertulis dari pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta dengan sokongan & kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Kelulusan & kerjasama ini membuktikan segala program dakwah Jami'atul 'Ubudiyah tidak mengandungi sebarang aktiviti yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang & Syari'at Islam lebih-lebih lagi dari sebarang penglibatan kumpulan ajaran sesat.
Seterusnya >>

ShoutMix chat widget
free counters

KELULUSAN & KERJASAMA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
[No. ruj : MAIK.D231/380/2-1/Klt.12(15)]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

[No. Ruj : JUI(KN).D.226(DW)/490/08]