Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia. (No.Reg:1104-08-KEL)

OBJEKTIF

  1. Sebagai Pusat Latihan dan Pengembangan Potensi Teknologi Rohani insan untuk mencapai puncak pencerahan hakiki dan kesedaran Ilahi.
  2. Sebagai Pusat Sukarelawan Dakwah dengan melahirkan kumpulan Dae'i yang benar-benar bersedia dan memiliki daya kekebalan jiwa zahir dan batin untuk berjuang atas syiar agama.
  3. Sebagai pusat ibadah dengan pendekatan modul kerohanian umum dan khusus yang dirangka secara bersepadu kepada ahli jemaah yang merintis jalan ma’rifatullah agar penggemblengan berkenaan mampu melahirkan para teknokrat sufi sejati.
  4. Sebagai Induksi falsafah kerohanian dengan pendekatan ilmu secara holistik merangkumi aspek syariah, thariqat, hakikat dan ma’rifah menurut perspektif ahlus sunnah wal jama’ah.
  5. Sebagai pusat kajian dan penyelidikan segala ilmu duniawi dan ukhrawi bagi mempersiapkan golongan da’ei yang benar-benar berpengetahuan dalam menghadapi cabaran dakwah global.
  6. Sebagai pusat rawatan dan pengubatan alternatif Islam dengan gabungan konsep tradisional-moden bagi menangani pelbagai masalah dan penyakit jasmani dan rohani.
  7. Sebagai Pusat pemulihan dan pembentukan akhlak insan melalui kaedah saintifik dan sufistik serta pusat kaunseling dan motivasi dalam menangani pelbagai masalah dan konflik hidup manusia.
  8. Sebagai Pusat Beladiri yang aplikatif & sederhana dalam meramu pelatihan lengkap merangkumi modul fizikal & metafizik.
Seterusnya >>

ShoutMix chat widget
free counters

KELULUSAN & KERJASAMA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
[No. ruj : MAIK.D231/380/2-1/Klt.12(15)]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

[No. Ruj : JUI(KN).D.226(DW)/490/08]