Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia. (No.Reg:1104-08-KEL)

PUSAT MUJAHADAH

Pusat Mujahadah atau juga dikenali sebagai Ribath di kalangan para Sufi merupakan binaan khusus bagi mereka yang ingin meneroka secara lebih serius dan mendalam mengenai teknologi rohani dengan cara beruzlah / bersuluk / berkhalwat dalam menghayati makna sebuah pengasingan diri demi mencapai tahap kedamaian jiwa dan kehampiran Ilahi. Proses ini dibuat atas dasar eksplorasi rohani melalui penghayatan metodologi latihan Jiwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tatkala Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkhalwat di Gua Hira'.

Terdapat pelbagai aliran Thariqat yang menjadi pegangan para Ikhwan Jami'atul 'Ubudiyah seperti Thariqat Tijaniyah, Qadiriyah, Rifa'iyah, Musthafawiyah, Tajul Khalwatiyah, Sammaniyah, Ahmadiyah, Naqsyabandiyah, Syadziliyah dan sebagainya dalam rangka visi penyatuan Thariqat di bawah satu panji iaitu THARIQAT MUHAMMADIYAH.

Dengan misi penyatuan & perpaduan thariqat, apapun thariqat & atas apapun namanya adalah sama asal saja ia bersanad kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Dengan demikian, JAM'IYYAH THARIQAH MU'TABARAH (JATIM) yang di wujudkan di bawah gagasan Raudzah 'Ubudiyah dapat digerakkan dengan sempurna dalam mencapai misi penyatuan seluruh thariqat nusantara demi sebuah ikatan ukhuwwah & syiar dakwah Islamiyah.

Sehingga kini, JATIM membuka penyertaan dari pelbagai aliran thariqat demi membawa Visi "Satu Hati Satu Perjuangan".

Foto: Diskusi bersama Asy-Syeikh al-Mursyid Habib Rais Ridjali at-Thahir (baju putih kopiah hitam) di rumah beliau di Bekasi, Indonesia berhubung Thariqat Qadiriyah, Rifa'iyah, Musthafawiyah, Tajul Khalwatiyah & Sammaniyah.

Seterusnya >>

ShoutMix chat widget
free counters

KELULUSAN & KERJASAMA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
[No. ruj : MAIK.D231/380/2-1/Klt.12(15)]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

[No. Ruj : JUI(KN).D.226(DW)/490/08]