Banyak jemaah di dunia yang tumbuh dengan membawa ideologi perjuangan yang tersendiri khususnya di nusantara yang rata-rata mendukung bendera syiar dalam skala yang lebih menjurus kepada keilmuan semata-mata sehingga perdebatan demi perdebatan seringkali dianjurkan dalam membahaskan posisi pengetahuan mereka mengikut perspektif diri masing-masing. Dari dulu sehingga sekarang, perbahasan tentang isu & hukum yang sama tidak pernah selesai malah semakin menemui ranjau yang membuntukan. Mangsanya adalah masyarakat awam yang keliru di sempadan amal untuk memilih cara hidup beragama sehingga di kalangan mereka mengeluh bingung memikirkan betapa agama itu sangat susah sekali untuk diamalkan. Kesudahannya mereka lari dari agama yang berpunca dari kemaharajalelaan & percakaran golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama'.
Sedikit sekali jemaah yang lahir atas dasar merealisasikan pola ilmu secara praktikal sama ada oleh institusi tradisional mahupun moden. Kehadiran Raudzah 'Ubudiyah sebagai wadah implementasi ilmu yang lebih memberikan tumpuan & pemusatan terhadap modul latihan secara praktikal berhubung teknologi kerohanian. Dengan demikian, ilmu bukan lagi sekadar menjadi bahan kajian, tulisan atau juga perdebatan, sebaliknya sebagai media yang dapat dinikmati dengan instrumen hati sebagai kecapan rasa dari kemanisan Islam, Iman dan Ihsan (3i). Raudzhah ‘Ubudiyah merupakan gagasan & manifestasi Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia dalam merealisasikan pemusatan dan pengembangan ilmu kerohanian bertepatan dengan Syariat Islam. Atas dasar perpaduan & persaudaraan, para ikhwan bernaung di atas nama JAMI'ATUL UBUDIYAH. (Foto:Sekretariat EXTRO-Bangunan ZQZ Lighting & Electricalyang berhadapan Madrasah Putih-Kutan Hilir )
Raudzah ‘Ubudiyah bermaksud Taman Kehambaan. Bertepatan dengan namanya, ia dibina dengan asas penekanan terhadap ciri-ciri akhlak dan pengabdian terhadap Pencipta. Skop berkenaan tidak dilihat dari perpspektif teori semata-mata malah bersifat praktikal agar agama bukan sekadar menjadi dalil atau hujah (ilmu) malah ekspansi pengalaman rasa (dzouq) yang terbit dari kelazatan dan kemanisan iman (ma’rifah). Kerana itu, Raudzah ‘Ubudiyah adalah model perkampungan para Ahlillah yang bakal menuntun jemaah kepada pencerahan kerohanian dan menghidupkan jiwa terhadap kesedaran ketuhanan dalam menjalani seluruh penerokaan hidup di dunia ini. Seterusnya >>
Pada 01 Sya'aban 1430H (22hb Julai 2009M), Jami'atul 'Ubudiyah menerima kedatangan tamu dari Medan, Indonesia. Beliau ialah K.H. Sa'dullah atau dikenali juga dengan panggilan K.H. Sartono yang mengunjungi Raudhah 'Ubudiyah dengan hasrat untuk silaturrahmi dengan para ikhwan di sini. (Foto : Kiyai Haji Sa'dullah berpakaian kelabu sedang menyampaikan ucapan)
Dalam rangka ziarahnya bersama dengan tiga (3) muridnya, beliau sempat memberi kuliah agama yang sangat bermanfaat bagi seluruh hadirin. Kunjungan yang agak mengejut tidak mempersiapkan pihak EXTRO untuk memberi sambutan sebagaimana yang selayaknya bagi beliau, namun sekadar mampu memenuhi keraian seadanya termasuklah dalam rangka pengumpulan para ikhwan yang sangat terbatas.
Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan saraf, herbalogi dan sufistik sempat berkongsi ilmunya dengan merawat para ikhwan yang bermasalah. Melalui perwatakannya yang mudah mesra dan murah senyuman, beliau tidak lokek memperturunkan beberapa Ilmu perubatannya kepada para hadirin. Walau dalam kesempatan yang sangat terbatas, kehadirannya telah membuahkan hubungan dua hala yang besar antara Malaysia dan Indonesia khususnya Jami'atul 'Ubudiyah (EXTRO) dalam misi perpaduan demi syiar agama Islam.
Semoga hubungan yang telah wujud akan membawa keberkatan dan berkekalan dunia dan akhirat. amien.
EXTRO merupakan pertubuhan sah berdaftar yang tidak terlibat dengan mana-mana gerakan bawah tanah / pelampau, parti politik atau ajaran salah. Keahlian EXTRO bersifat sejagat & terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat tanpa sebarang batasan jantina, bangsa, agama & negara. KLASIFIKASI KEAHLIAN :
Ahli Biasa : Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
Ahli Bersekutu : Terbuka kepada semua warga luar negara Malaysiayang bermastautin di Malaysia atau Luar Malaysia.
Ahli Remaja : Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan luar negara yang berumur dibawah 18 tahun dengan syarat mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga
Sila "print"Borang Keahlian, isikan maklumat diri & hantarkan kepada Setiausaha di alamat Sekretariat EXTRO untuk diproses oleh Lembaga Amanah Kuasa Jemaah (LAKJ).
BAYARAN PENDAFTARAN & YURAN
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
Bil.
Jenis Ahli
Yuran Pendaftaran
Yuran Tahunan
1.
Ahli Biasa
RM 5.00
RM5.00
2.
Ahli Bersekutu
RM 10.00
RM 10.00
3.
Ahli Remaja
RM1.00
RM 1.00
Permohonan & Bayaran boleh dibuat dalam bentuk WANG TUNAI / TRANSFER AKAUN / WANG POS / KIRIMAN WANG / CEK kepada :
Setiausaha
Sekretariat EXTRO Lot 794 Kutan Hilir, 16250 Wakaf Bharu,
Kelantan-MALAYSIA.
No. Akaun : 553010706468
(Maybank Cawangan Tumpat, Kelantan)
Atas Nama :Pertubuhan EXTRO Kelantan
Untuk sebarang pertanyaan & keterangan lanjut sila hubungi Sekretariat EXTRO.
Majlis Taqarrub adalah majlis zikir mingguan yang di adakan bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia membuka peluang penghayatan di kalangan umat Islam untuk merasakan kehambaan terhadap Yang Maha Esa melalui konsep munajat yang diterapkan secara halus dan tersusun. Frequensi ini sekaligus membuka dimensi kesedaran insan terhadap konsep muhasabah & tafakkur terhadap penciptaan diri dan alam semesta dalam meningkatkan tahap ketaqwaan kepada Rabb al-Jalil. Majlis ini membawa wadah syiar dalam mewujudkan jalinan ukhuwwah sesama umat Islam, & secara tidak langsung juga ia dapat meledakkan momentum zikir sebagai sarana Infiniti Teknologi Rohani tercanggih yang mampu menyembuhkan segala penyakit, menyelesaikan pelbagai permasalahan serta mengabulkan semua hajat umat manusia.
PELAKSANAAN
Masa Setiap Hari Sabtu Malam Ahad Waktu 09.00 Malam -11.00 Malam Lokasi Sekretariat EXTRO, Kutan Hilir, Wakaf Bharu, Kelantan-MALAYSIA
Kumpulan Sasar Terbuka Kepada Seluruh Muslimin & Muslimah
Sebagai Pusat Latihan dan Pengembangan Potensi Teknologi Rohani insan untuk mencapai puncak pencerahan hakiki dan kesedaran Ilahi.
Sebagai Pusat Sukarelawan Dakwah dengan melahirkan kumpulan Dae'i yang benar-benar bersedia dan memiliki daya kekebalan jiwa zahir dan batin untuk berjuang atas syiar agama.
Sebagai pusat ibadah dengan pendekatan modul kerohanian umum dan khusus yang dirangka secara bersepadu kepada ahli jemaah yang merintis jalan ma’rifatullah agar penggemblengan berkenaan mampu melahirkan para teknokrat sufi sejati.
Sebagai Induksi falsafah kerohanian dengan pendekatan ilmu secara holistik merangkumi aspek syariah, thariqat, hakikat dan ma’rifah menurut perspektif ahlus sunnah wal jama’ah.
Sebagai pusat kajian dan penyelidikan segala ilmu duniawi dan ukhrawi bagi mempersiapkan golongan da’ei yang benar-benar berpengetahuan dalam menghadapi cabaran dakwah global.
Sebagai pusat rawatan dan pengubatan alternatif Islam dengan gabungan konsep tradisional-moden bagi menangani pelbagai masalah dan penyakit jasmani dan rohani.
Sebagai Pusat pemulihan dan pembentukan akhlak insan melalui kaedah saintifik dan sufistik serta pusat kaunseling dan motivasi dalam menangani pelbagai masalah dan konflik hidup manusia.
Sebagai Pusat Beladiri yang aplikatif & sederhana dalam meramu pelatihan lengkap merangkumi modul fizikal & metafizik.
Dakwah merupakan agenda utama dalam gerakan Jami'atul Ubudiyah. Kerana itu posisi Raudzah 'ubudiyah antara lain sebagai tempat :
Ijtima' Da'ei dalam membincang dan merancangkan pelbagai isu dakwah dan strategi syiar agama secara global.
Ijtima' Sufi dengan mengumpulkan kumpulan pengamal jalan kerohanian (thariqat) di Malaysia bahkan di dunia umumnya yang di sahkan kebenarannya oleh JAKIM bagi tujuan silaturahmi serta dapat membuka peluang bertukar-tukar pendapat melalui diskusi ilmiah malah juga melalui pengamalan aurad masing-masing.
Pengumpulan dan pembentukan anggota Sukarelawan Dakwah dalam membantu masyarakat di pelbagai keperluan seperti bencana alam, rawatan, pendidikan dan sebagainya.
Penginapan pelajar, musafir dan mereka yang berkelayakan dari sisi syar'ie.
Ia merupakan pusat bantuan dan kebajikan kepada seluruh muslim malah manusia sejagat terhadap penanganan pelbagai masalah ummah atas nama DARUL FATIH yang berfungsi sebagaimana berikut :
PUSAT RAWATAN ALTERNATIF
Ia dibangunkan dengan konsep dan model Thibb Nabawi iaitu pengamalan kaedah rawatan mengikut Sunnatullah (alami) dan Sunnaturrasul shallahu 'alaihi wasallam. Kombinasi dari penemuan dan penyelidikan versi tradisional – moden akan disepadukan secara saintifik berlandaskan prinsip al-Quran & as-Sunnah. Metode rawatan dapat diklasifikasikan kepada enam (6) bentuk:
1.Complementary Healing
2.Holistic Healing
3.Fisiotherapy
4.Samawi Healing
5.Traditional Therapy
6.Herbology
Seiring dengan wujudnya Darul Fatih, satu pusat khidmat sosial atan nama PRIHATIN CENTRE telah diwujudkan dengan fungsi:
PUSAT KHIDMAT NASIHAT & KAUNSELING
Atas keprihatinan terhadap permasalahan ummah, Pusat Khidmat Nasihat & Kaunselingdiwujudkan untuk membantu pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira batasan agama, bangsa & negara dalam memberikan pandangan nasihat terhadap penanganan pelbagai konflik peribadi & umum yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Pusat ini akan memanfaatkan teknik multimedia termasuk melalui khidmat kaunseling dan motivasi secara bersemuka, telefon, SMS, e-mel, surat, media cetak, media elektronik, ceramah dan sebagainya.
Terdapat teknik khusus yang diterapkan dalam menangani kes-kes yang memerlukan lebih dari sekadar khidmat nasihat & kaunseling iaitu melalui kaedah-kaedah terapi yang tersendiri. Pusat ini diwujudkan atas dasar sokongan & kerjasama pelbagai pihak dari badan-badan kerajaan & bukan kerajaan dalam menjayakan visi yang diperjuangkan bersama.
Pusat Riyadzah lebih menitik beratkan aspek latihan metafizik dan Sains Psikik melalui pengembangan potensi jasmani (PQ), mental (IQ), emosi (EQ) dan rohani (SQ) dalam mencapai pencerahan dan kesedaran Ilahi.
Ia melibatkan modul-modul latihan lengkap melalui teknik-teknik tafakur / meditasi, olah nafas / tenaga dalam dan seni bela diri dengan tujuan :
Untuk pengoptimalan Kesihatansecara holistik dari segala penyakit zahir dan batin.
Memenuhi keperluan terhadap Keselamatan dan beladiri dari segala bentuk serangan fizikal mahupun psikik seperti sihir dan sebagainya.
Membentuk Jati DiriSejati agar dapat menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan & kejayaan menurut acuan Islam.
Mencapai puncak matlamat hidup yang hakiki iaitu Ma'rifatullah.
Pendedahan & pengisian berkenaan di buat di dalam Modul Riyadzah SILAT AL-FATIH (GERAK RAHSIA BATIN) yang diajarkan di Raudzah 'Ubudiyah dalam pelbagai tahap / tingkatan. Foto : Ziarah Maqam al-Marhum Mohd Kosim Ama Syahbandar (Pelopor kepada Seni Beladiri Syahbandar) bersama Ki Sawung & Juru Kunci di Wanayasa, Purwakarta, Jawa Barat-Indonesia. Seterusnya >>
Pusat Mujahadah atau juga dikenali sebagai Ribath di kalangan para Sufi merupakan binaan khusus bagi mereka yang ingin meneroka secara lebih serius dan mendalam mengenai teknologi rohani dengan cara beruzlah / bersuluk / berkhalwat dalam menghayati makna sebuah pengasingan diri demi mencapai tahap kedamaian jiwa dan kehampiran Ilahi. Proses ini dibuat atas dasar eksplorasi rohani melalui penghayatan metodologi latihan Jiwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tatkala Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkhalwat di Gua Hira'.
Terdapat pelbagai aliran Thariqat yang menjadipegangan paraIkhwanJami'atul 'Ubudiyah seperti Thariqat Tijaniyah, Qadiriyah, Rifa'iyah, Musthafawiyah, Tajul Khalwatiyah, Sammaniyah, Ahmadiyah, Naqsyabandiyah, Syadziliyah dan sebagainya dalam rangka visi penyatuan Thariqat di bawah satu panji iaitu THARIQAT MUHAMMADIYAH.
Dengan misi penyatuan & perpaduan thariqat, apapun thariqat & atas apapun namanya adalah sama asal saja ia bersanad kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Dengan demikian, JAM'IYYAH THARIQAH MU'TABARAH(JATIM)yang di wujudkan di bawah gagasan Raudzah 'Ubudiyah dapat digerakkan dengan sempurna dalam mencapai misi penyatuan seluruh thariqat nusantara demi sebuah ikatan ukhuwwah & syiar dakwah Islamiyah. Sehingga kini, JATIM membuka penyertaan dari pelbagai aliran thariqat demi membawa Visi "Satu Hati Satu Perjuangan".
Foto: Diskusi bersama Asy-Syeikh al-Mursyid Habib Rais Ridjali at-Thahir (baju putih kopiah hitam) di rumah beliau di Bekasi, Indonesia berhubung Thariqat Qadiriyah, Rifa'iyah, Musthafawiyah, Tajul Khalwatiyah & Sammaniyah.
Pengetahuan merupakan perkara asas yang diberi penekanan di Raudzah 'Ubudiyah. Bagi tujuan berkenaan, prasarana berikut disediakan bagi membantu para ikhwan :
MAKTABAH - Perpustakaan iaitu pusat rujukan ilmu dengan menghidangkan pelbagai koleksi media cetak dan elektronik dari sajian pengetahuan duniawi & ukhrawi. Ia menyediakan tempat yang paling sesuai untuk melakukan sebarang kajian ilmiah dan mengulangkaji ilmu.
KAFE SIBER - Pusat sumber komunikasi dan maklumat melalui teknologi komputer dan internet bagi memudahkan pengguna mengakses sebarang informasi yang diperlukan bagi tujuan pengkajian dan pembelajaran disamping membuka jalur komunikasi global bagi tujuan dakwah.
KELAS MULTIFUNGSI - Pusat pembelajaran pelbagai bidang ilmu sebagaimana berikut:
Ilmu-ilmu al-Quran seperti Qiraati, Tajwid, Tarannum dan sebagainya.
Kelas-kelas Fardzu 'ain & Fardzu Kifayah.
Pelbagai kursus-kursus ilmiah jangka pendek dan jangka panjang yang bersifat duniawi & ukhrawi.
Masjid akan dibina dengan sasaran kemampuan terbesar untuk menampung segala aktiviti ibadah para jemaah. Peranan Institusinya sebagai Istana Allah (Baitullah) dihidupkan dengan aktiviti keagamaan sebagaimana berikut :
Tempat Menunaikan Solat wajib (maktubah) dan solat sunat seperti terawih, hari raya dan sebagainya.
Tempat melaksanakan Majlis Taqarrub iaitu zikir Aurad 'Ubudiyah yang diadakan setiap minggu, Majlis Ihsaniaitu program I'tikaf dan Qiamullail (Solat Tahajjud, Tasbih dsb) yang mengumpulkan seluruh jemaah dari segala pelusuk. Serta pelbagai Majlis-majlis khusus yang lain lagi yang bersifat amali.
Tempat pelatihan Seni Solat Khusyu' (SLT)iaitu suatu pengkajian dan penyelidikan tentang kaedah secara teori & praktikal dari pelbagai perspektif dengan sumber al-Quran dan as-Sunnah dalam mencapai kemuncak khusyu' dalam solat. Pendedahan praktis berteraskan prinsip Perbuatan (Fi'li), Bacaan (Qauli) & Hati (Qalbi).
Tempat mengadakan Kuliah Agama Bersepadumerangkumi ilmu-ilmu Feqh, Usuluddin / Tauhid dan Tasawwuf dengan mengekalkan pendekatan berkonsep tradisional mengikut sistem budaya pondok iaitu menadah kitab. Dalam masa yang sama turut menggunakan alat bantu multimedia seiring perkembangan semasa & bagi membantu proses pembelajaran yang berkesan kepada para ikhwan.
Tempat mengadakan Ceramah dan Forum Diskusi Ilmiahyang melibatkan pelbagai pihak dalam membongkar pelbagai isu-isu keagamaan dan sejagat secara telus, terbuka dan ilmiah.
Tempat mengadakan Usrah iaitu halaqah di kalangan muslimin dan muslimah dalam bertukar-tukar fikiran berhubung sesuatu topik ilmiah bagi meluaskan skop pengetahuan yang ada di dalam setiap diri indivitu.
Tempat menjalankan pelbagai Aktiviti Keagamaan & Sosial dsb.
Semua program dakwah berkenaan telahpun dilaksanakan sekarang di Sekretariat EXTROdengan mendapat kelulusan bertulis dari pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)serta dengan sokongan & kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Kelulusan & kerjasama ini membuktikan segala program dakwah Jami'atul 'Ubudiyah tidak mengandungi sebarang aktiviti yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang & Syari'at Islam lebih-lebih lagi dari sebarang penglibatan kumpulan ajaran sesat. Seterusnya >>
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan [No. ruj : MAIK.D231/380/2-1/Klt.12(15)] Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan [No. Ruj : JUI(KN).D.226(DW)/490/08]