Pertubuhan Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) Kelantan-Malaysia. (No.Reg:1104-08-KEL)

ZIARAH-KH. SA'DULLAH

Pada 01 Sya'aban 1430H (22hb Julai 2009M), Jami'atul 'Ubudiyah menerima kedatangan tamu dari Medan, Indonesia. Beliau ialah K.H. Sa'dullah atau dikenali juga dengan panggilan K.H. Sartono yang mengunjungi Raudhah 'Ubudiyah dengan hasrat untuk silaturrahmi dengan para ikhwan di sini.
(Foto : Kiyai Haji Sa'dullah berpakaian kelabu sedang menyampaikan ucapan)

Dalam rangka ziarahnya bersama dengan tiga (3) muridnya, beliau se
mpat memberi kuliah agama yang sangat bermanfaat bagi seluruh hadirin. Kunjungan yang agak mengejut tidak mempersiapkan pihak EXTRO untuk memberi sambutan sebagaimana yang selayaknya bagi beliau, namun sekadar mampu memenuhi keraian seadanya termasuklah dalam rangka pengumpulan para ikhwan yang sangat terbatas.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan saraf, herbalogi dan sufistik sempat berkongsi ilmunya dengan merawat para ikhwan yang bermasalah. Melalui perwatakannya yang mudah mesra dan murah senyuman, beliau tidak lokek memperturunkan beberapa Ilmu perubatannya kepada para hadirin. Walau dalam kesempatan yang sangat terbatas, kehadirannya telah membuahkan hubungan dua hala yang besar antara Malaysia dan Indonesia khususnya Jami'atul 'Ubudiyah (EXTRO) dalam misi perpaduan demi syiar agama Islam.

Semoga hubungan yang telah wujud akan membawa keberkatan dan berkekalan dunia dan akhirat. amien.

ShoutMix chat widget
free counters

KELULUSAN & KERJASAMA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
[No. ruj : MAIK.D231/380/2-1/Klt.12(15)]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

[No. Ruj : JUI(KN).D.226(DW)/490/08]